Jumaat, 1 Julai 2016

Jenazah Aziz Singah selamat dikebumikan



JENAZAH pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Singah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongek Acheh dekat Rembau, hari ini.

Jenazah Allahyarham tiba di sini pada kira-kira 11 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada 8 pagi tadi.

Jenazah kemudiannya disembahyangkan sekali lagi di Masjid Kariah Kampung Bongek sebelum dikebumikan sebelah pusara ibunya.

Abdul Aziz, 75, meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor kira-kira 11.30 malam tadi.

Kira-kira 250 orang terdiri daripada anggota keluarga, saudara mara dan rakan artis dan pengiat seni tanah air hadir di tanah perkuburan itu.

Antara rakan artis yang hadir ialah pelakon S.Sahlan, artis veteran Sharifah Aminah Syed Abdullah, Amran Aman Ramli atau Amran Tompel dan rakan seangkatan Allahyarham Datuk Amin Khan.

Turut hadir Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.

Abdul Aziz yang begitu popular pada era 1980-an pernah membintangi beberapa drama dan filem seperti PJ Holding, Sate, Maria Mariana dan Impian serta pernah menjadi presiden Persatuan Seniman Malaysia.

Sementara itu, rakan artis menyifatkan Allahyarham semasa hayatnya sebagai seorang rakan yang baik, penyayang dan prihatin dan pemergiannya merupakan kehilangan kepada industri perfileman tanah air.

S. Sahlan, 74, ketika ditemui Bernama berkata beliau mengenali arwah sejak tahun 1960-an lagi dan merupakan rakan paling lamanya.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah ialah pada bulan lepas. Dia ini seorang yang sangat gigih bekerja dan cekal menghadapi cabaran ... namun saya terkilan kerana arwah tidak cerita sakit yang dihidapinya sehinggalah saya diberitahu ia telah memasuki tahap empat.

"Pada saya, arwah seorang yang sangat ceria, berfikiran terbuka dan jarang sekali nak melihat dia marah-marah. Kehilangannya amat dirasai," katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) Rahim Jailani pula menyifatkan pemergian arwah sebagai kehilangan besar kepada industri lakonan tanah air.

"Saya kenal arwah pada tahun 1980-an di RTM (Radio Televisyen Malaysia). Beliau seorang yang mudah didekati dan mesra dan selalu beri nasihat pada rakan-rakan artis-artis lain. Arwah juga aktif memberi nasihat kepada persatuan ini. Saya berasa amat sedih dengan kehilangannya," katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad atau Zack Kool pula menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam kerjayanya.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zunita Mohamed dan enam orang anak kesemuanya lelaki.

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat 'F1'

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan F1 dengan nilai sebanyak RM836,660.

Keputusan itu kini boleh dilihat di bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ Putrajaya dan semua JPJ negeri bermula jam 3 petang tadi,

Sebelum ini, JPJ menganggarkan bidaan terhadap nombor F1 mencecah RM 1 juta.

Nombor plat F2 pula dibida pada harga RM514,800 oleh Goh Fong Yee, diikuti dengan nombor plat F9 oleh Trans Penang Inn Sdn Bhd serta F7 oleh Pli Trading Sdn Bhd dengan masing-masing dibida pada nilai RM404,800 dan RM396,000.

Nombor plat F8 pula dibida dengan harga RM385,000 oleh Tse Modul Inisiatif Sdn Bhd, diikuti F5 dibida oleh Wee Ka Keng dengan nilai RM366,250. Plat F333 dibida pada nilai RM355,000 oleh Lee Chan Char, diikuti F3 yang berharga RM344,300 oleh Herald Accord Sdn Bhd.

Nombor plat F22 dibida RM250,800 oleh Jajaran Kilat Enterprise manakala F4 dibida RM250,000 oleh Mohd Johann Hamzah,

Sultan Johor sebelum ini turut memenangi bidaan untuk nombor pendaftaran WWW1 dengan nilai RM 520,000.

7 Tips Balik Kampung Pada Musim Perayaan 2016


Menjelang perayaan Aidilfitri yang akan menjelang beberapa jam lagi, warga kota mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing.

7 tips penting ini sangat berguna untuk anda.


1. Kemas pakaian seawal mungkin bagi mengelakkan terlupa atau tertinggal sesuatu. Jangan lupa berus gigi.

2. Rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan terutama pemandu kenderaan. Pastikan anda tidur dengan cukup sebelum memulakan perjalanan.

3. Pastikan barang-barang berharga dalam keadaan selamat. Simpan elok-elok duit raya di dalam sampul duit raya.

4. Pastikan kepala gas dah dicabut. Periksa semua pintu dan pastikan ianya berkunci. Rantai kenderaan anda seperti motosikal dan basikal. Kunci pagar dan mangga.

5. Periksa semua plug. Jangan ada yang terpasang kecuali plug peti ais.

6. Sebelum naik kereta, amalkan adab-adab dulu. Masuk kaki kanan. Jangan lupa baca Bismillah. Kemudian bila kereta sudah bergerak, bacalah doa naik kenderaan.

7. Periksan minyak hitam kereta, angin tayar dan air enjin. Pastikan semuanya cukup untuk perjalanan jauh.