Nak Bagi Anak Pandai, Bukan Semata-Mata Makan Kismis, Lelaki Kongsi Cerita Kehebatan Air Tangan Ibu Yang Penuh Magik
Sebelum ini kita sering terdengar kisah nak bagi anak cepat pandai perlu diberikan makanan-makanan tambahan untuk memudahkan mereka ingat.
Perlu diakui bahawa memakan kismis membolehkan daya ingatan seseorang menjadi kuat, tapi kalau dengan memakan kismis semata-mata adakah mereka terus boleh pandai?
Seorang lelaki bernama Khairul Hakimin Muhammad di mana beliau telah berkongsikan kisah kehebatan masakan sebenar yang membuatkan anak itu menjadi pandai disebalik didikan yang sempurna oleh seorang ibu.
20 tahun dulu yang emak kasi sebelum ke sekolah ialah roti yang disapu dengan mentega kemudian ditaburkan gula. Lalu dibakar dalam 5-7 minit sekadar nak beri garing. Ada juga Milo panas yang dibancuh dengan 2-3 sudu Nestum.
Balik dari sekolah, yang paling saya ingat emak siapkan nasi putih panas-panas, ikan goreng yang digaul bersama dengan kicap. Makanlah kau bersungguh-sungguh.
Bapaklah sedapnya Ya Tuhan. sekarang, buat sendiri tak jadi-jadi. Tangan emak sentiasa penuh dengan magik.
Kadang-kadang mewah sikit abah beli ikan tenggiri. Emak masak kari atau goreng garing kemudian emak buat sambal. Goreng sekali lagi kasi betul-betul bergaul rencah sambal dan ikan. Peh berebutlah nak makan. Ada pula sayur taugeh yang dimasak dengan santan cair.
Makan malam, asal masih ada lauk. Biasanya emak masak banyak terus hari siang. Malam emak akan goreng-goreng sahaja jika ada sesiapa yang nak makan. Biskut kering banyak stok. Kau boleh pilih nak cicah dengan air apa sahaja. Itupun kalau kau rajin.
Ada juga roti, seri kaya dan mentega kacang di atas meja. Ulanglah kau sampai pengsan nak makan banyak mana pun.
Itulah yang emak kami kasi kami makan 20-30 tahun dulu. Kalau nak kata makan kismis jadi pandai macam anak-anak kau, entahlah.
Mungkinlah betul, cumanya apabila kau beri contoh yang ia mempunyai ekzosteriodpetuipetui entah apalah yang kau kata itu, saya sudah rasa satu macam.
Mula-mula duk sebut pasal Sunnah, kemudian kau tengok orang tak berapa kuat nak membeli kau pun guna istilah-istilah power yang lagilah kami semua tak faham.
Kadang-kadang nak jadikan anak kita pandai ini, hanya beri dia makan makanan berkhasiat sahaja.
Bab dia nak menghafal ke, nak kuat membaca ke, nak kasi dia ingat lebih ke mungkinlah ada produk-produk yang betul dan bagus, Cuma tolonglah tidak terlalu hard sell sampai ke tahap cakap ke kita
“Bang, kalau abang tak ambil ni, jangan menyesal 10 tahun lagi anak abang tercicir belajar.”
Eh kau. Kau nak cuba rasa tercicir lepas kena lempang dengan tangan kidal abang?
Juallah produk yang bagus dengan penuh hemah. Dan kau akan dapat hasilnya. Saya bukanlah nak kecam semua dengan pukul rata, cumanya ini sudah kali ke empat belas ribu disogok suruh beli kerana nanti bolehlah saya cerita di wall Facebook saya.
Aduh lagi aku hangin. Nak kasi anak aku pandai ke nak kasi dia untung seorang-seorang?
Emak-emak kita dulu, beri anak-anak makan dengan siap selawat bagai semasa memasak. Mungkin sebab itu Tuhan itu sentiasa dorong anak-anaknya rajin belajar dan membina hidup baik-baik.
Kadang-kadang, kau makanlah kismis empat tan seminggu pun, namun jika beli kismis itu dari duit haram dan tidak verify halal dari Jakim, sudah tentu sukar nak dapatkan keberkatan.
Jadinya berbalik kepada topik makan tadi, sama juga kalau kau suka sangat makan Kedai Minah. Minah itu pula jenis tak suka basuh tangan lepas garu-garu ketiak.
Habis kau fikir senang kau nak ingat apa yang bini kau pesan barang apa kau kena beli sebelum balik? Eloklah kau kaji semula dalam-dalam kenapa kau selalu lupa dan tolonglah tak cepat sangat terus pergi beli kismis-kismis ini.
Yang bini pun, rajin-rajin juga tengok laki kau makan dekat mana, kau itu dahlah tak berapa rajin memasak, jadi kaji juga di mana laki kau suka lepak.
Tak pun, kalau dah malas sangat dan tak ada idea macam mana nak tawan kembali laki kau dari makan di restoran luar, kau tengoklah Facebook abang kau yang ini. Banyak resepi dia kongsi. Dan yang pasti no kismis-kismis. Kahkahkah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Dulu anak aku cakap nama aku ke bibik dia, Khairul Hakismis.
Info
Selasa, 8 November 2016
Isnin, 7 November 2016
Awak Sangat Nakal HDTV 720p
Unknown
11:48 PTG
TARIKH TAYANGAN : 7 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
SKRIP : Shida Zali
PENGARAH : Azmi Hatta
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
SKRIP : Shida Zali
PENGARAH : Azmi Hatta
PELAKON : Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Afiq Muiz, Ika Nabella, Hefny Sahad, Aleza Shadan, Rahim Jailani, Tash Yong, Fadilah Mansor, Farouk Hussain, Ku Faridah, GBob, Henzi Andalas, Erry Putra, Syaffiq Sahli
SINOPSIS :: Drama Awak Sangat Nakal mengisahkan tentang Erine Johanna yang bertemu dengan Johan Rizqin ketika dia ditinggalkan oleh ibu dan ayahnya di bawah jagaan Mak Munah yang juga merupakan orang gaji keluarganya. Kerana biasa hidup dibandar, Erine Johanna berasa bosan dengan suasana kampung dan sebagai menghiburkan hatinya, dia menjadikan Johan Rizqin mangsa usikkannya.
Kehadiran Erine Johanna yang kerap mengusiknya membuatkan perasaan Johan Rizqin serba tak kena. Dia yang telah pun bertunang dengan Ain Humaira yang merupakan anak angkat Mak Munah mula berubah hati. Tetapi demi untuk mengejar cinta Erine, Johan perlu berdepan dengan pelbagai cabaran.
Erine juga mula jatuh hati pada Johan tetapi dia tidak dapat menerima cinta Johan kerana dia merasakan seolah dia menjadi penghalang amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan.
Sikap nakal dan ingin tahu yang ada pada diri Erine membuatkan dia berjaya merungkai banyak rahsia yang berjaya disimpan oleh Mak Munah selama hampir 30 tahun. Demi untuk menyelamatkan Johan dari dibunuh, Erine merancang dan membuat satu pakatan sulit.
Drama

Ahad, 6 November 2016
Kecil hati punca Elly Mazlein tarik diri daripada GV3
Unknown
2:35 PTG
SHAH ALAM: Musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza terus mencetuskan kontroversi apabila peserta yang diumumkan tidak mendapat lagu untuk konsert minggu kelima, Elly Mazlein bertindak menarik diri daripada pertandingan itu sebelum dia diisytiharkan tersingkir, malam tadi. Menjelaskan tindakannya berundur daripada GV3, Elly memberitahu, dia kecil hati dengan juri tetap, Datuk Ramli MS yang mengaitkan sentimen simpati dan belas kasihan ketika mengulas persembahannya. "Komen Ramli yang menyatakan terpulang dengan belas ihsan Astro sama ada saya mampu bertahan atau tidak, sangat mengecewakan sehingga membuat saya nekad untuk menarik diri. "Kenyataan itu seolah-olah mengiyakan pendapat netizen yang mendakwa saya bertahan dalam program ini berdasarkan simpati semata-mata. Itu yang membuatkan saya hilang kekuatan dan tiada semangat untuk terus berjuang,"katanya pada sidang media sejurus tamat konsert minggu keempat yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi. Terdahulu, ketika Elly diumumkan tidak mendapat lagu bagi konsert kelima sekaligus tersingkir daripada GV3, ramai peminat dan pengikut program realiti itu bagai tidak percaya dan mempersoalkan keputusan dibuat. Elly dikatakan memaklumkan pihak produksi mengenai keputusannya berundur daripada GV3 di belakang pentas sebaik saja Ramli memberi ulasan terhadap persembahannya bersama Achong ketika mendendangkan lagu Jangan Menangis Sayang. Gagal mengawal emosi ketika diasak wartawan berhubung keputusannya itu, Elly memberitahu, dia bagaimanapun tidak mahu menuding jari terhadap Astro termasuk Ramli malah menyifatkan insiden berkenaan sebagai dugaan buatnya. "Saya berterima kasih kepada Astro kerana memberi peluang ini. Lagipun markah saya pada minggu ini memang rendah. Sesuailah dengan keadaan yang berlaku," katanya. Sementara itu, pada sidang media berasingan, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal menjelaskan timbul kekeliruan mengenai dakwaan kononnya tiada proses penyingkiran peserta pada minggu ini. Sambil merujuk kepada status Instagram yang dimuat naik pengacara GV3, Jihan Muse yang mendakwa Elly menarik diri selain tiada penyingkiran yang berlaku, Emarina menjelaskan, perkara itu tidak benar dan ia hanya pandangan peribadi pengacara terbabit. "Berdasarkan format sebelum ini, minggu duet memang ada penyingkiran. Elly tersingkir kerana mendapat markah terendah iaitu 74.4 iaitu 0.2 kurang berbanding Sarah yang mendapat 74.6," katanya.
Jumaat, 4 November 2016
Suri Hati Mr.Pilot HDTV 720p Ep1 - 16
Unknown
5:09 PG
Suri Hati Mr.Pilot HDTV 720p
Pelakon :: Fattah Amin, Neelofa, Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren.
Sinopsis :: Sinopsis drama, pertemuan Ejaz (Mr. Pilot) dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!
Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.
Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.
Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

Rabu, 2 November 2016
FAKTA-FAKTA MENARIK MENGENAI YAKUZA YANG SEMUA HARUS TAHU
Unknown
10:40 PG
Siapa minat Crows Zero..Nah ini dia keluarga Yakuza yang sebenar Serizawa.
FAKTA-FAKTA MENARIK MENGENAI YAKUZA YANG SEMUA HARUS TAHU
1. Yakuza (ヤクザ) atau dikenali juga sebagai Gokudo (極道) ialah sebuah organisasi jenayah terancang yang sangat terkenal di jepun. Organisasi ini juga turut dikenali sebagai Mafia Jepun kerana hampir serupa seperti organisasi jenayah yang terkenal di Italy. Setakat ini, direkodkan bahawa ahli kumpulan Yakuza mempunyai lebih daripada 103, 000 orang ahli.
2. Sejarah Yakuza dapat dijejak pada pertengahan era Zaman Edo, iaitu Tekiya dan Bokuto. Tekiya (penjaja) iaitu golongan terendah dalam tangga masyarakat di zaman tersebut telah membentuk sebuah organisasi yang bertujuan untuk melindungi perniagaan mereka.
3. Kerajaan Edo ketika itu mengiktiraf kewujudan Tekiya sebagai sebuah organisasi dan membenarkan ketua setiap organisasi tekiya membawa sebilah pedang. Pedang tersebut bukanlah katana kerana hanya samurai yang mempunyai hak untum membawa katana. Pedang tersebut lebih pendek dari pedang katana dan dikenali sebagai Wakizashi.
Organisasi Yakuza
4. Bakuto pula lebih rendah tahap mereka dalam masyarakat Jepun zaman Edo. Mereka adalah penjudi
tegar dan berjudi pada waktu itu adalah diharamkan di Jepun. Jadi, ketika itu banyak rumah judi haram tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Mereka biasanya menjadikan kuil-kuil dan tempat pemujaan yang telah ditinggalkan orang di pinggir kampung dan bandar sekitar Jepun sebagai tempat operasi. Rumah judi ini juga menjalankan perniagaan ceti haram.

5. Hari ini, peninggalan daripada organisasi Tekiya dan juga Bakuto dapat dijejak dalam Yakuza apabila ritual-ritual yang pernah diamalkan pada zaman itu turut diamalkan sehingga ke hari ini.
6. Mahu mempelajari mengenai organisasi Yakuza adalah sangat unik sekali. Mereka mengadaptasikan sebuah sistem tradisional hierarki Jepun yang dipanggil sebagai oyabun-kobun. Oyabun adalah merujuk kepada anak angkat yang menumpahkan taat setia pada ayah angkatnya yang dikenali sebagai Kobun. Biasanya hubungan ini terjalin melalui ritual meminum sake dari satu cawan. Dalam organisasi Yakuza, seorang ahli akan melupakan sebarang hubungan dengan keluarga asal mereka, dan segala kesetian pada ketua gang.
7. Dalam sebuah organisasi Yakuza, mereka diketuai oleh seorang Oyabun atau Kumico yang memberikan arahan kepada anak buah iaitu Kobun. Dibawah Kumico ialah penasihat yang digelar sebagai saiko komon dan juga so-honbucho atau ketua cawangan.
8. Di bawah mereka pula ialah wakagashira yang ditugaskan untuk mengawal beberapa buah gang di dalam setiap wilayah mereka dengan bantuan daripada fuku- honbuchu yang dibertanggungjawab untuk menguruskan geng di bawah wakagashira. Setiap gang yang wujud dalam setiap wilayah diketuai oleh ketua tempatan yang dikenali sebagai saiko-komon. Saiko-komon mengawal kawasan masing-masing dalam sebuah wilayah. Mereka mempunyai anak buah tersendiri seperti penasihat, akauntan dan tentera yakuza mereka yang digunakan untuk penguatkuasaan.
Ahli keluarga Yakuza Yamaguchigumi
9. Yakuza terkenal dengan ritual yang dipanggil sebagai Yubitsume. Ritual ini mengkehendaki salah satu daripada jari dipotong sebagai tanda penyesalan dan maaf seandainya mana-mana ahli mereka melakukan kesalahan.
10. Banyak yakuza yang tatu hampir memenuhi satu badan termasuk kemaluan. Di Jepun, tatu ini dikenali sebagai irezumi dan proses melukis tatu ini adalah menggunakan cara tradisional yang menyakitkan, dan bukannya cara moden yang mudah dan lebih cepat.
11. Bayangkanlah tubuh anda diukir dengan jarum, besi dan buluh runcing dengan tangan dan ianya mengambil bertahun-tahun untuk pastikan seluruh tubuh dengan tatu.
Namun, kejayaan memenuhi seluruh badan dengan tatu dianggap sebagai anak jantan. Padanlah mereka berani terjun ke dalam dunia jenayah ini kalau sampai begitu tahap keberanian mereka.

12. Oh ya, apabila seorang Yakuza saling bermain kad yang diberi nama Oicho-Kabu, mereka akan membuka baju mereka dan menayangkan tubuh mereka yang penuh bertatu antara satu sama lain. Mungkin pada saat ini sahaja untuk melihat tubuh sasa yang dipenuhi tatu yang diukir bertahun-tahun dengan proses yang penuh kesakitan.
13. Ini kerana Yakuza biasanya akan memakai kemeja lengan panjang dan juga baju yang berkoler tinggi untuk menutup tatu di tubuh mereka. Biasalah, identiti sebagai
Yakuza juga perlu dilindungi oleh mereka.

14. Terdapat tiga buah keluarga Yakuza terbesar dalam sejarah Jepun. Yang paling besar ialah Yamaguchigumi yang mempunyai ahli lebih daripada 55,000 orang dan lebih daripada 50 peratus Yakuza Jepun adalah anggota keluarga ini. Dipercayai bahawa keluarga ini dicipta pada tahun 1915. Terdapat 850 clans di bawah keluarga ini.
Boss Yakuza Yamaguchigumi
15. Sumiyoshi-kai adalah keluarga kedua terbesar di Jepun dengan ahli lebih 20 000 orang dan setiap daripadanya dibahagikan kepada 277 clans. Inagawa-kai pula adalah keluarga ketiga terbesar di Jepun dengan ahli mencecah 15 000 orang dan ianya dibahagikan kepada 313 clans. Keluarga ini berpusat di kawasan sekitar Tokyo dan Yokohama.

16. Sebenarnya organisasi Yakuza ini banyak juga berjasa kepada masyarakat walaupun mereka berasaskan jenayah. Antaranya ketika Kobe dilanda gempa bumi pada tahun 1995, keluarga Yamaguchi-gumi adalah antara organisasi yang menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana. Ketika itu, kerajaan Jepun dikritik kerana lembab dan organisasi Yakuza seperti Yamaguchi-guchi pula lebih pantas. Antara khidmat mereka adalah menyalurkan tenaga kerja dan juga helikopter untuk digunakan dalam operasi menyelamat.
17. Sebenarnya kebanyakan keluarga Yakuza di Jepun menegah ahli mereka untuk terlibat dalam penjualan dadah. Katanya, dadah itu lebih merosakkan masyarakat dan bangsa daripada jenayah-jenayah lain manakala beberapa keluarga pula memang terkenal dengan bisnes dadah seperti Dojin-Kai.
18. Yakuza biasanya tidak mengacau masyarakat yang susah sebaliknya mereka akan memeras ugut syarikat-syarikat gergasi dan pemegang saham di dalamnya.Kedai-kedai kecil yang diusahakan oleh mereka yang berpendapatan sederhana tidak akan dikacau oleh Yakzua. Jadi, wang perlindungan dikutip daripada syarikat-syarikat besar daripada perusahaan kecil.
19. Yakuza juga terkenal dalam melabur dalam perniagaan. Antaranya ialah mereka pernah melabur dalam saham Tokyo Kyuko Electric Railway’s. Japan’s Securities and Exchange Surveillance Commission mendakwa mempunyai maklumat terdapat 50 syarikat yang terlibat dengan Yakuza.
20. Ironinya, Kobe yang merupakan rumah kepada keluarga terbesar Yakuza di dunia adalah merupakan salah satu bandar paling selamat di Jepun. Ini mungkinkerana aura Yakuza seperti Yamaguchi-gumi telah menakutkan penjenayah murahan seperti samseng jalanan yang tidak mahu menarik perhatian Yakuza. Sekarang anda dah tahu serba sedikit tentang Yakuza. Tengok, mafia yang berani kerat jari pun tak berani ambil dadah sebab mereka tahu dadah itu bahaya dan boleh merosakkan organisasi mereka. Oleh itu, jauhilah dadah.
Selasa, 1 November 2016
Najib padam tweet gambar beliau bersama penerbit filem lucah
Unknown
11:03 PG
GAMBAR Najib bersama penerbit filem lucah turun dari jet kerajaan menjadi bualan hangat di facebook dan twitter. Gambar tersebut diperolehi daripada twitter rasmi perdana menteri sendiri.
Riza Aziz, merupakan penerbit filem The Wolf of Wallstreet yang sarat dengan adengan lucah terlampau. Dia dilihat berada di belakang Najib ketika Najib sedang turun daripada jet kerajaan sebaik tiba di Beijing, China.
Dalam kiriman di twitter itu Najib menulis:
"Just arrived in Beijing for my third official visit looking fwd to a fruitful visit & further strenghening M'sia-China ties and friendship"
(Baru tiba di Beijing untuk lawatan rasmi saya yang ketiga tak sabar untuk lawatan yang berhasil dan mengukuhkan lagi hubungan dan persahabatan Malaysia-China)
Orang ramai di laman sosial mempersoalkan apakah tujuan kehadiran penerbit filem lucah yang diharamkan tayangannya di banyak negara termasuk Malaysia itu menaikki jet kerajaan bersama dengan perdana menteri.
Tidak lama selepas menerima kritikan dan serangan bertalu-talu, perdana menteri dilihat memadam gambar-gambar tersebut daripada akaun twitter miliknya.
Ini menimbulkan persoalan baru orang ramai yang curiga, adakah Najib cuba menyembunyikan lokasi anak tirinya Riza Azi daripada diketahui oleh Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI yang dikatakan sedang memburunya berhubung skandal 1MDB di Amerika Syarikat.
Riza Aziz yang juga merupakan anak tiri Najib turut disebut secara khusus dalam dokumen Department of Justice, DOJ berhubung skandal 1MDB yang sedang diambil tindakan di Amerika Syarikat.
Apa sebab Najib padam 'tweet' tersebut? Jika tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan beliau tidak perlu memadamnya. Persoalannya sekarang apa yang cuba disembunyikan?
Adakah benar tanggapan orang ramai bahawa Najib cuba menyelamatkan anak tirinya daripada dikesan oleh FBI?
LAGU PEN-PINEAPPLE-APPLE-PEN DIIKTIRAF GUINNESS WORLD RECORD
Unknown
9:44 PG
Lagu Pen-Pineapple-Apple-Pen (PPAP) yang dinyanyikan oleh pelawak dan penyanyi Jepun, Pikotaro diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai lagu terpendek yang berjaya tersenarai dalam carta Billboard Hot 100 di Amerika Syarikat (AS).
Menurut laman web Guinness World Record, video lagu selama 45 saat itu telah ditonton lebih 67 juta kali sejak dimuat naik dalam YouTube pada Ogos lalu.
Namun lagu itu menjadi lebih popular selepas penyanyi Justin Bieber memaklumkan dalam Twitter bahawa video PPAP adalah video kegemarannya di internet.
Pembikinan video berkenaan yang hanya menelan kos 100,000 yen (RM3,987) menunjukkan Pikotaro memakai pakaian dengan corak haiwan menari sambil menyanyi lagu tersebut yang mempunyai lirik bahasa Inggeris ringkas seperti I have a pen. I have an apple. Apple pen.
Menurut laporan portal Guinness World Record, Pikotaro, 53, terkejut apabila lagu tersebut menjadi popular secara tiba-tiba.
“Tanpa pengaruh Bieber, saya rasa hanya empat orang sahaja yang akan muncul dalam bilik ini,’’ katanya dalam sidang akhbar yang dipenuhi wartawan semasa majlis penganugerahan rekod dunia itu di Tokyo baru-baru ini.
Lagu PPAP berada di tangga 77 carta AS minggu ini sekali gus menjadikan Pikotaro sebagai penyanyi lelaki Jepun pertama memasuki carta Billboard Hot 100 sejak 26 tahun lalu.
Pelawak berkenaan kini mahu menjelajah dunia dengan membawa lagu itu namun tidak menaruh harapan lagu tersebut akan menjadi kegilaan dunia selama-lamanya.
“Saya hanya mahu mengeluarkan lebih banyak lagu-lagu komedi secepat mungkin,’’ katanya.
Viral
Belum sempat rasa BR1M, poket sudah bocor
Unknown
8:50 PG
KENAIKAN harga minyak yang diumumkan untuk bulan November telah menzahirkan negara sedang mengalami krisis kewangan yang meruncing.
Kenaikan bulan ini adalah tertinggi dalam tempoh tahun ini iaitu RON 95 berharga RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30), dan diesel (RM1.90).
Harga baru yang diumumkan oleh kerajaan ini sudah pasti disambut negatif oleh masyarakat yang kini dalam keadaan sangat tertekan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.
Kenaikan harga bahan bakar ini akan menyebabkan kenaikan harga-harga barangan berdasarkan keadaan dan pengalaman sebelum ini, ini akan menambahkan lagi bebanan rakyat khusunya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja membentangkan belanjawan 2016, tidak sampai sebulan kerajaan telah membuktikan belanjawan yang dibentangkan itu tidak realistik kerana negara mengalami krisis kewangan.
Kerajaan sendiri menunjukkan kepada masyarakat bahawa belanjawan negara untuk tahun 2016 tempang dan sukar untuk dilaksanakan.
Rakyat baru sahaja dimomokkan dengan belanjawan yang 'enak' di mata masyarakat, ini termasuklah pengumuman kenaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan sebagainya.
Belum sempat rakyat 'menikmati' bantuan tersebut, poket rakyat telah 'dicuri' melalui kenaikan harga minyak.
Rakyat perlu melihat kenaikan harga minyak ini sebagai bukti kerajaan yang ada pada hari ini tidak lagi memikirkan kepentingan rakyat, sebaliknya membuat kerja mudah untuk mendapatkan dana dengan menaikkan harga minyak! Semasa

Rock Bro kutip RM1.5 juta selepas 4 hari tayangan
Unknown
8:09 PG
"Kejayaan awal Rock Bro dicapai apabila pihak pawagam meminta ia ditayangkan lebih awal daripada tarikh asalnya, iaitu 27 Oktober lalu. "Lebih menggembirakan apabila jumlah pawagam untuk tayangan filem ini ditambah, iaitu daripada 90 kepada 103 panggung.
Sejak mula menemui khalayak secara rasminya Khamis lalu, filem Rock Bro bukan saja berjaya meraih kutipan RM1.5 juta, malah turut menarik 100,000 penonton ke pawagam. Pengarah filem berkenaan, Mamat Khalid, 53, menyifatkan pencapaian dilakukan garapan terbaharunya itu sebagai kejayaan berganda buat seluruh produksi naskhah terbabit.
Sokongan sebegitu sudah cukup untuk membuat kami semua berbesar hati," kata Mamat ketika dihubungi BH Online sebentar tadi. Menurut Mamat lagi, sebagai pengarah beliau lebih teruja dengan perkembangan jumlah penonton yang berkunjung ke pawagam bagi menyaksikan buah tangan terkininya itu.
"Dari segi kutipan, ia sudah tentu menjadi milik produser filem ini. Begitupun sebagai pengarah, jumlah penonton lebih mengujakan saya, apatah lagi ketika ini pasaran filem tidak begitu memberangsangkan," ujarnya yang sebelum ini turut menghasilkan beberapa judul popular seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombi Kampung Pisang Filem hasil usaha sama Grand Brilliance Sdn Bhd dengan Enjit Semut Sdn Bhd ini menampilkan lakonan hebat Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Amy Juliet dan Datuk Hattan.
Filem berkenaan juga menjadi pelengkap kepada dua judul sebelum ini iaitu Rock (2005) dan Rock Oo! (2013).
Semasa

Patahnya Sebelah Sayap 2016 720p
Unknown
8:00 PG
Pelakon :: Aeril Zafrel sebagai Khuzairi, Izzue Islam sebagai Amzar dan Ummi Nazeera sebagai Alisha.
Sinopsis :: SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.
Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.
Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan.
Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.
Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya.
Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar

Ep 1 openload | userscloud | Watch
Ep 2 openload | userscloud | Watch
Ep 3 openload | userscloud | Watch
Ep 4 openload | userscloud | Watch
Ep 5 openload | userscloud | Watch
Ep 6 openload | userscloud | Watch
Ep 7 openload | userscloud | Watch
Ep 8 openload | userscloud | Watch
Ep 9 openload | userscloud | Watch
Ep 10 openload | userscloud | Watch
Ep 11 openload | userscloud | Watch
Ep 12 openload | userscloud | Watch
Ep 13 openload | userscloud | Watch
Ep 14 openload | userscloud | Watch
Ep 15 openload | userscloud | Watch
Drama
Soo Wincci Terima PhD Selepas Tesis Dibuang Dalam Tong Sampah
Unknown
7:46 PG
KUALA LUMPUR: Sebelum berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan, Soo Wincci, 31, mengakui projek tesisnya pernah dibuang ke dalam tong sampah.
Malah, penyanyi lagu Terus-Teranglah bersama Joe Flizzow ini juga pernah dianggap 'gila' apabila memasang impian untuk mencapai cita-cita sebagai penghibur sekali gus berjaya di bidang akademik.
Justeru, sepanjang enam tahun berusaha mendapatkan ijazah berkenaan, Wincci yang pernah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia 2008 mengerahkan segala keringat yang ada walaupun pada satu tahap pernah meluahkan rasa putus asa.
"Jadi, selepas mendapat tahu saya lulus, Mei lalu, dan dipanggil untuk menghadiri majlis konvokesyen hari ini, saya terus menangis kerana terlalu gembira.
"Dua tahun lalu, tesis saya pernah dibuang ke dalam tong sampah kerana gagal menepati tahap akademik. Tahun lalu pula, selepas penilaian tesis dibuat, saya diminta balik. Ia bermakna saya gagal lagi. Saat itu saya nekad untuk menukar perjalanan hidup dengan menumpukan kepada pelajaran saya sehingga selesai.
"Memang tidak dinafikan, sejak menceburi bidang hiburan, saya sangat sibuk sehingga membuatkan saya tertekan dengan kehidupan. Ia bertambah rumit apabila saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran," katanya yang ditemui pada majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Pada majlis konvokesyen itu, Wincci menerima PhD yang disampaikan Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim.
Dengan pencapaian berkenaan, Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai Ratu Cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records (MBOR).
"Pengiktirafan akademi yang saya terima ini diharap dapat menjadi inspirasi, khususnya buat golongan selebriti lain, yang mahu menyambung semula pengajian masing-masing.
"Impian saya selepas ini adalah untuk mengajak lebih ramai rakan selebriti tanah air menyambung pelajaran. Bagi, saya selain menghiburkan masyarakat, kita juga harus juga mempunyai ilmu bagi menggalakkan dan memberi inspirasi kepada generasi baharu supaya menjadi insan berilmu," katanya.
Wincci sebelum ini mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Reading, United Kingdom, dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunshine Coast, Queensland, Australia.
Semasa
Langgan:
Catatan (Atom)