Sejak mula menemui khalayak secara rasminya Khamis lalu, filem Rock Bro bukan saja berjaya meraih kutipan RM1.5 juta, malah turut menarik 100,000 penonton ke pawagam. Pengarah filem berkenaan, Mamat Khalid, 53, menyifatkan pencapaian dilakukan garapan terbaharunya itu sebagai kejayaan berganda buat seluruh produksi naskhah terbabit.
Sokongan sebegitu sudah cukup untuk membuat kami semua berbesar hati," kata Mamat ketika dihubungi BH Online sebentar tadi. Menurut Mamat lagi, sebagai pengarah beliau lebih teruja dengan perkembangan jumlah penonton yang berkunjung ke pawagam bagi menyaksikan buah tangan terkininya itu.
"Dari segi kutipan, ia sudah tentu menjadi milik produser filem ini. Begitupun sebagai pengarah, jumlah penonton lebih mengujakan saya, apatah lagi ketika ini pasaran filem tidak begitu memberangsangkan," ujarnya yang sebelum ini turut menghasilkan beberapa judul popular seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombi Kampung Pisang Filem hasil usaha sama Grand Brilliance Sdn Bhd dengan Enjit Semut Sdn Bhd ini menampilkan lakonan hebat Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Amy Juliet dan Datuk Hattan.
Filem berkenaan juga menjadi pelengkap kepada dua judul sebelum ini iaitu Rock (2005) dan Rock Oo! (2013).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan